Bersalin di Tepi Jalan, Wanita Sakit Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Kasih Sayang

Selain kehamilan luar nikah, hidup dalam kemiskinan juga mendorong kes pembuangan bayi. Walaupun dikaruniakan akal oleh Allah SWT, namun mereka tidak mampu berfikir secara waras sebelum bertindak sedemikian.

Tindakan tersebut jauh berbeza dengan apa dilakukan wanita ini. Dia yang mempunyai masalah mental dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Makati, Filipina selamat melahirkan anak perempuan di tepi jalan pada 18 maret lalu.

Bagaimanapun, wanita itu tidak membuang atau meninggalkan zuriatnya keseorangan sebaliknya menggendong bayi berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Beberapa keping gambar wanita tersebut dimuat naik page Cong. Pidi Barzaga di laman Facebook sehingga tular setelah dikongsi dalam kalangan netizen Filipina

Gambar di hospital pula kelihatan wanita itu setia menjaga anaknya dengan memakaikan sarung tangan dan tidur di sebelah bayi tersebut sebelum memberikan susu.

Walaupun tidak boleh berfikir dengan baik, namun ternyata dia masih mempunyai naluri kasih sayang sebagai ibu yang tetap ingin menjaga cahaya matanya

  


Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to " Bersalin di Tepi Jalan, Wanita Sakit Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Kasih Sayang"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel